Info Tawar Farm


Tawar Farm & Plantation merupakan satu lagi tarikan pelancongan terkini di Daerah Ledang.

Terletak kira-kira 20 minit dari Lebuhraya Tangkak dan kira-kira 15 minit perjalanan dari Bandar Maharani, Muar, Tawar Farm & Plantation ini menjanjikan satu pengalaman yang menyeronokkan dengan kedudukan yang jauh dari keriuhan dan kesibukan kota, ianya mewujudkan ketenangan dan sesuai untuk aktiviti seperti kem motivasi, berkursus, seminar, aktiviti keluarga dan agro-pelancongan.

Berkonsepkan budaya dan tradisi Melayu Johor, kebanyakan binaan seperti chalet dan dewan diterapkan dengan rekabentuk rumah limas Johor yang terkenal dengan kehalusan serta keindahan seni rekabentuk yang tinggi. Dengan keluasan tanah 5 ekar, pelbagai kemudahan infrastruktur disediakan serta menjanjikan keselesaan kepada para pengunjung.

Tawar Farm & Plantation  ini juga merupakan pusat latihan outdoor (Outdoor Training Centre) yang dikenali sebagai BIOinsaniah CAMP bagi Formula 3E (Extra Mind, Extra Mild, Extra Mile) anjuran dan kelolaan Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, pengasas Konsep 3E dan pakar motivasi terkenal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan